Friday, 23 January 2015

Bagaimana kenalpasti keputihan normal dan tidak normal.

“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah datang Bulan. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,”


Keputihan normal

Ciri-ciri keputihan normal adalah:
  • Cairan encer
  • Warna cairan transparan atau bening
  • Cairan tidak lengket
  • Tidak bau Tidak menyebabkan gatal 
  • Jumlah cairan yang keluar sedikit

Jika Anda mengalami keputihan dengan ciri-ciri di atas, tidak perlu panik. Hal ini normal terjadi setiap bulan. Jika Anda merasa tidak selesa, basuh organ intim dengan air bersih, keringkan dengan tuala bersih dan tukar seluar dalam anda.






Keputihan tidak normal dan perlukan rawatan lanjut

Ciri-ciri keputihan tidak normal adalah:

  • Cairannya kental
  • Biasanya berwarna putih susu, kuning, kehijauan atau keabu-abuan
  • Cairan terkadang lengket
  • Menimbulkan bau tidak sedap
  • Menyebabkan gatal
  • Jumlah cairan banyak dan akan meninggalkan bercak pada pakaian dalam periksalah denan betul. Jenis ini boleh menjadi Ciri-ciri Keputihan Yang Berbahaya!





simptom KEPUTIHAN ABNORMAL

# Simptom 1
~ Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
~ Penyebabnya ialah kulat Candida sp
~ Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

# Simptom 2
~ Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
~ Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
~ Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

# Simptom 3
~ Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
~ Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.



No comments:

Post a Comment