– Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.
– Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
– Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita ketika menstruasi (haid).
– Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan saja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada satin.
– Jangan guna sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
– Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
– Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
– Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
– Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
– Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
– Berjumpa pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada tanda yang dinyatakan di atas.
– Melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
No comments:
Post a Comment